Saturday 10 May 2014
TAKZIAH
Pagi ini SKBW telah dikejutkan dengan berita sedih, seorang guru Prasekolah (Tg. Tina binti Engku Yusof) telah kembali ke rahmatullah. Takziah diucapkan kepada keluarga cikgu Tengku Tina binti Engku Yusof (Guru Prasekolah). Arwah telah meninggal pagi ini. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi semua ujian ini. Al-Fatihah.
Tuesday 6 May 2014
PROGRAM MOTIVASI UPSR 2014
Program Motivasi UPSR telah diadakan di Anees Resort, Mengabang Telipot pada 5/5/2014 hingga 7/5/2014.
Wednesday 30 April 2014
Wednesday 23 April 2014
KURSUS KELAS MAYA 2014
Kurus kelas maya telah diadakan pada 23/04/2014 (Rabu)
bertempat di bilik kelas maya tahun 4 Arif. Tenaga pengajar kelas maya
ialah wakil dari Top-It Industries Sdn. Bhd (Gong Badak). Tujuan kursus
ini diadakan ialah untuk melatih guru-guru cara menggunakan smart
board,e-Book dan memudahkan lagi guru menggunakan kemudahan teknologi
terkini untuk pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Top-It yang telah menjayakan
kursus kelas maya tersebut.
Tuesday 15 April 2014
PERTANDINGAN POETRY RECITATION (KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2014)
Pertandingan Poetry Recitation sekolah rendah peringkat KTU Sempena karnival bahasa inggeris 2014 telah di adakan di SK Banggol Peradong pada 14 April 2014. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Poetry Recitation.
Subscribe to:
Posts (Atom)