Tuesday 8 March 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

     Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah diadakan pada 6 Mac 2011 di dataran perhimpunan SKBW yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Wan,Hj.Muslan bin Muslim.Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan program Nilam. Ustazah Aishah binti Ahmad selaku penyelaras program Nilam menyediakan gimik pelancaran yang merupakan sebongkah ais yang mengandungi buku Nilam dan wang kertas bernilai RM 150 didalamnya sebagai hadiah utama kepada murid yang berjaya menjadi Tokoh Nilam 2011.Gimik tersebut yang dinamakan sebagai "Kalau Tak Pecahkan Ruyung,Manakan Dapat Sagunya" itu telah disempurnakan oleh Hj.Muslan bin Muslim, Guru Besar SKBW.














KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2011

TARIKH  : 19 FEBRUARI 2011
TEMPAT : SMK PADANG KEMUNTING,KUALA TERENGGANU
ACARA   : KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU KALI KE 8 TAHUN 2011

Pada 18 dan 19 Februari 2011 beberapa orang guru dari SKBW telah terlibat secara langsung di Kejohanan Merentas Desa MSS Terengganu kali ke 8 tahun 2011 yang bertempat di SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu. Guru-guru yang terlibat ialah Hj.Muslan bin Muslim (Guru Besar SKBW), Hj.Shuid bin Ismail (GPK KO SKBW), Hj.Zakaria bin Abd Rahman,Hj.Rashid bin Ngah, En.Shafie bin Salim dan Cik Nazmiah binti Mat Yasin.SKBW telah diberi mandat sebagai Jawatankuasa Statistik/Keputusan Rasmi dan Pendaftaran Peserta yang mana telah melibatkan 8 buah daerah di Terengganu iaitu Kontijen MSSD Besut, MSSD Setiu, MSSD Kuala Terengganu Utara, MSSD Kuala Terengganu Selatan,MSSD Marang,MSSD Hulu Terengganu,MSSD Kemaman dan MSSD Dungun.





Friday 4 March 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Tahniah dan syabas buat Panitia Pendidikan Islam SKBW kerana telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya pada 3 Mac 2011.Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi mengeliling kawasan kampung Bukit Wan dan berhenti seketika di Masjid Kampung Bukit Wan sebelum meneruskan perarakan menuju ke SK Bukit Wan. Laungan selawat oleh murid-murid SKBW menghidupkan suasana perarakan sempena memperingati hari keputraan baginda junjungan besar Nabi Muhammad (SAW).

Sambutan Maulidur Rasul ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di sekolah seperti pertandingan bercerita kisah-kisah junjungan besar Nabi Muhammad (SAW), ceramah yang di sampaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dengan dibantu oleh guru KAFA, kuiz sirah nabi, pertandingan membuat sepanduk dan pertandingan selawat antara unit-unit beruniform yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.




























Wednesday 2 March 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN E-BOOK DUN BATU RAKIT

21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

Majlis Penyampaian E-Book Dun Batu Rakit bertempat di Dewan SMK Batu Rakit, Mengabang Lekor.
Seramai 506 pelajar tahun 5 didalam Dun Batu Rakit telah menerima E-book daripada YB Haji Khazan Che Mat dalam Majlis Penyampaian E-book Dun Batu Rakit 2011. Pelajar tahun 5 dari SKBW seramai 53 orang telah menerima e-Book model E11.
Majlis yang diseliakan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda, para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Guru-guru pengiring, masyarakat setempat dan para ibubapa juga turut hadir memeriahkan majlis ini.

Dari kiri ke kanan: Encik Wan Sulaiman Wan Muda Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu,Tuan Haji Suhaimi Zakaria, YB Haji Khazan dan Tuan Haji Kamal Taib. 

 
Pelajar beratur panjang untuk menerima e-Book dari YB Hj. Khazan.

 Pelajar yang telah menerima e-Book


 Pelajar menjulang e-Book yang diterima dengan gembira.