Monday 8 April 2013

PERASMIAN MINGGU KEBERSIHAN KELAS 2013

Majlis Perasmian Minggu Kebersihan Kelas 2013 telah diadakan pada 07 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBW. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW.





Sunday 7 April 2013

KEM BESTARI SOLAT KALI-1 2013

Pada 06 April 2013 (Sabtu) Jawatankuasa jQAF SK Bukit Wan dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2013 di SK Bukit Wan. Semua murid  dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam Kem Bestari Solat kali ini.




KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 04/04/2013 - 05/04/2013 (Khamis - Jumaat) bertempat di SKBW. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini.





Wednesday 3 April 2013

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2013

Majlis Pelancaran minggu Bahasa Inggeris 2013 telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, pada 03 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBW.