Wednesday 27 February 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Program merentas desa peringkat sekolah telah di adakan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program tersebut telah bermula dan berakhir di Padang SKBW. Terima kasih diucapkan kepada semua guru,kakitangan dan murid-murid yang terlibat.





Sila Click di sini untuk melihat gambar.

Thursday 7 February 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1434H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah di adakan pada 06/02/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Perarakan bermula dari tapak perhimpunan SKBW ke Masjid Kampung Lingai. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan Guru-guru, AJK dan penduduk kampung Bukit Wan dan Lingai kerana telah bekerjasama dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Antara program lain yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah ceramah tentang Maulidur Rasul, Kuiz dan pertandingan mewarna.



Sila Click di sini untuk melihat gambar

Wednesday 6 February 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2013

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 6/2/2013 (Selasa) bertempat di Tapak Perhimpunan SKBW. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW. Antara program yang akan di adakan sepanjang bulan bahasa melayu ialah Kuiz, Bacaan Mekanis (Tahap 1), Pertandingan membuat buku skrap, Pertandingan teka-teki, Pertandingan tulisan mekanis,tulisan berangkai dan persembahan murid tahap 1 & 2 (cerita,sajak,pantun).



Sila Click di sini untuk melihat gambar