Saturday 12 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Keajaiban yang berlaku pada hari kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ( selawat dan salam keatas baginda)

Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.

Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. dari depan mata siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.

Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di lahirkan tidak menangis seperti anak-anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anihnya.Sama lah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketika Allah memasukan roh ke dalam badannya. setelah hidup dan bernafas, tiba tiba beliau bersin.

Suasana di rumah Abdul Mutalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.Sehinga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.

Di luar rumah Abdullah itu pula, berhala berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah

peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.

Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.

No comments:

Post a Comment