Wednesday 23 April 2014

KURSUS KELAS MAYA 2014

Kurus kelas maya telah diadakan pada 23/04/2014 (Rabu) bertempat di bilik kelas maya tahun 4 Arif. Tenaga pengajar kelas maya ialah wakil dari Top-It Industries Sdn. Bhd (Gong Badak). Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melatih guru-guru cara menggunakan smart board,e-Book dan memudahkan lagi guru menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Top-It yang telah menjayakan kursus kelas maya tersebut.







Tuesday 15 April 2014

PERTANDINGAN POETRY RECITATION (KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2014)

Pertandingan Poetry Recitation sekolah rendah peringkat KTU Sempena karnival bahasa inggeris 2014  telah di adakan di SK Banggol Peradong pada 14 April 2014. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Poetry Recitation.



Sunday 6 April 2014

FESTIVAL NASYID PERINGKAT PKG MENGABANG TELIPOT

Festival Nasyid Peringkat PKG Mengabang Telipot telah diadakan di SK Kompleks Mengabang Telipot Kuala Terengganu pada 01 April 2014 (Selasa). SKBW telah mendapat tempat ke 4 dari 6 buah sekolah yang menyertainya.



MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PKG MENGABANG TELIPOT

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PKG Mengabang Telipot telah diadakan di SK Bukit Wan. Majlis tersebut telah diadakan pada 31 Mac 2014 (Isnin). Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW Tn.Hj Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Pada tahun ini SKBW telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PKG Mengabang Telipot. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.



Wednesday 26 March 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA SKBW

Majlis Sambutan Hari Lahir Warga Sekolah Keb. Bukit Wan di adakan pada 18 mac 2014 (Selasa) bertempat di Dataran perhimpunan SKBW. Majlis sambutan hari lahir pada kali ini adalah majlis sambutan hari lahir Guru,kakitangan dan pelajar yang lahir pada bulan januari,februari dan mac. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua guru-guru,kakitangan dan pelajar yang telah menyambut hari lahir pada bulan januari, februari dan mac. Semoga panjang umur dan murah rezeki.







MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 telah di adakan pada 15 Mac 2014 (Sabtu), bertempat di Kantin sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Ahli Parlimen Setiu).



Saturday 8 March 2014

BENGKEL KEMAHIRAN ICT 2014

PIHAK SEKOLAH  MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH  KEPADA ENCIK MAT ATAR BIN MAT AMIN ( PENSYARAH MULTIMEDIA UNISZA ) KERANA TELAH MENJAYAKAN BENGKEL PENGGUNAAN EBOOK  PADA HARI SABTU ( 8.3.2014 ). INI ADALAH SALAH SATU PROGRAM SARANA IBU BAPA YANG TELAH BERJAYA DIGUNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.