Thursday 14 November 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2013

Anugerah Kecemerlangan dan pengumuman keputusan UPSR 2013 telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) bertempat di Kantin SK Bukit Wan. Majlis dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Bazlan bin Abd Rahman Adun Batu Rakit. Seramai 4 orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR iaitu Ahmad Farhan Syahmi bin Mat Sabri, Luqman Hakim bin Nazri, Muhammad Ikmal Hakim bin Idres dan Nurul Alyssa binti Abd Rahim. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2013.



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBW tahun 2013 telah diadakan pada 12/11/2013  (Selasa). Majlis dirasmikan oleh YB Tn.Hj. Bazlan bin Abd. Rahman Adun Batu Rakit. Antara anugerah yang telah disampaikan ialah penyampaian sijil anugerah kepada murid Prasekolah,Prasekolah yang boleh menguasai 3M, Murid Pintar Quran, Murid Pemulihan Khas yang boleh Menguasai 3M, Anugerah Kecemerlangan Kedudukan dalam kelas tahap 1 & 2, Mata Pelajaran Terbaik tahap 1 & 2, Kedudukan dalam kelas KAFA, Anugerah Hafazan Al-Quran,Anugerah Nilam, Anugerah Khas Sukan dan Tokoh Murid bagi Tahun 2013. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada tahun ini.





Monday 4 November 2013

HARI BAKAT MURID PRASEKOLAH TAHUN 2013

Pada 31 Oktober 2013 (Khamis) Prasekolah telah mengadakan Hari Bakat Murid Prasekolah 2013 di Prasekolah SKBW. Semua ibu bapa murid Prasekolah turut hadir untuk melihat persembahan dan bakat anak-anak mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana menjayakan Hari Bakat Murid Prasekolah Tahun 2013.



Tuesday 22 October 2013

MILO CHAMPIONS SCHOOL PROGRAMME

Pihak Nestle Products (M) Sdn.Bhd telah mengadakan satu program iaitu "MILO Champions School Programme untuk pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Program ini bertujuan memberi tumpuan kepada kepentingan sarapan pagi yang berkhasiat untuk mencapai cara hidup sihat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

  • Sarapan pagi berkhasiat dan minuman MILO akan dihidangkan kepada semua pelajar untuk 5 hari berturut-turut secara percuma.
  • Ceramah pendidikan berkaitan kepentingan sarapan berkhasiat dan cara hidup aktif.
  • Aktiviti sukan mini bola sepak, bola keranjang dan badminton.
  • Penampilan Van MILO.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Pihak Nestle Products (M) Sdn. Bhd kerana menjayakan program ini dan menaja semua makanan dan minuman secara percuma.



Tuesday 8 October 2013

PERTANDINGAN SPEED TEST DAN SLIDE PRESENTATION PROGRAM PASCA UPSR

Pertandingan Speed Test dan Slide Presentation Program Pasca UPSR telah di adakan pada 7 Oktober 2013 hari Isnin bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Pertandingan Speed Test dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori lelaki lawan perempuan. Johan pertandingan speed test di menangi oleh Muhammad Ikmal Hakim bin Idris. Tempat kedua di menangi oleh Nor Aisyah binti Bahari dan tempat ketiga dimenangi oleh Wan fahira binti Wan Hanif. Bagi Pertandingan Slide Presentation pula, pelajar di kehendaki membuat kumpulan untuk berbincang tentang tajuk Kebaikan dan keburukan Internet dan dikehendaki membuat satu slide presentation. Persembahan Slide Presentation yang terbaik di menangi oleh kumpulan "Smart Senior". Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.


Thursday 3 October 2013

PERHATIAN UNTUK SEMUA GURU DAN PENTADBIR - UJIAN KOMPETENSI ICT

Guru dan Pentadbir sekolah haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.



Panduan menjawab:

1. Tekan Log Masuk 
2. Masukkan no kad pengenalan
3. Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan.
4. Klik pada ruang jawapan yg dipilih.
5. Klik SETERUSNYA untuk ke soalan berikut
6. Sekiranya semua 30 soalan telah dijawab atau masa telah tamat. klik butang LOG KELUAR

Tuesday 1 October 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBW 2013



Perkhemahan Unit Beruniform SKBW 2013 telah diadakan pada 26,27 & 28 September 2013 (Khamis –Sabtu) bertempat di Padang SKBW. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasak dalam kumpulan, bergotong-royong membersihkan surau sekolah, solat maghrib & isyak berjemaah, kuliah, demonstrasi pertolongan cemas, kembara malam, pemeriksaan khemah, kembara, latihan membuat gajet,merentas halangan, BBQ , persembahan  malam budaya,  pertandingan memasak, pertandingan membuat gajet, dan majlis penyampaian hadiah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua  guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini.



Monday 30 September 2013

KEJOHANAN 1M1S DI SKBW 2013

Kejohanan 1M1S telah diadakan pada 23/9/2013, Isnin bertempat di Padang SKBW.






Monday 9 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6

Majlis restu Ilmu untuk murid - murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR telah diadakan pada 9 September 2013 bertempat di surau sekolah. Di dalam Majlis ini, guru besar telah memberikan ucapan yang berbentuk ransangan kepada murid-murid tahun 6. Murid yang mendapat 5 A dalam ujian tambah nilai telah di beri penghargaan, begitu juga dengan murid-murid tahun 6 bistari yang lulus semua matapelajaran. Di akhir majlis ini, sesi bersalaman antara murid-murid dan guru-guru sebagai simbolik untuk guru-guru menghalalkan semua ilmu yang telah di berikan kepada murid-murid.