Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan Kakitangan yang bekerjasama memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Sunday 19 May 2013
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 telah di adakan di SKBW pada 16 Mei
2013 (Khamis). Antara program dan aktiviti yang dijalankani sempena
sambutan Hari Guru ialah nyanyian dan ikrar oleh guru SKBW, permainan
sukaneka seperti permainan bowling kelapa,sambut kelapa,sambut pundi
kacang, perlawanan futsal antara guru dan pelajar, dan persembahan dari
pelajar tahun 1 - 6.
Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan Kakitangan yang bekerjasama memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan Kakitangan yang bekerjasama memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Monday 13 May 2013
SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU SKBW.
PADA: 16 MEI 2013 (KHAMIS)
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan
kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika
profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu
melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Monday 8 April 2013
PERASMIAN MINGGU KEBERSIHAN KELAS 2013
Majlis Perasmian Minggu Kebersihan Kelas 2013 telah diadakan pada 07 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBW. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW.
Sunday 7 April 2013
KEM BESTARI SOLAT KALI-1 2013
Pada 06 April 2013 (Sabtu) Jawatankuasa jQAF SK Bukit Wan dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2013 di SK Bukit Wan. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam Kem Bestari Solat kali ini.
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 04/04/2013 - 05/04/2013 (Khamis - Jumaat) bertempat di SKBW. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini.
Wednesday 3 April 2013
PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2013
Majlis Pelancaran minggu Bahasa Inggeris 2013 telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, pada 03 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBW.
Tuesday 19 March 2013
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
Majlis Pelancaran Program Nilam telah di adakan pada 17 March 2013 ( Ahad ) bertempat di dataran perhimpunan SKBW.
Sila Click Di sini untuk melihat gambar.
Thursday 14 March 2013
PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON UTARA
SKBW TELAH BERJAYA MENJADI JUARA PERTANDINGAN BOLASEPAK PERINGKAT
KUMPULAN BERLANGSUNG DI PADANG BOLASEPAK KG. BUKIT WAN. SKBW TELAH
BERJAYA MENGALAHKAN SK BUKIT NANAS DENGAN MATA 2 - 1.
Sila Click di sini untuk melihat gambar
Tuesday 5 March 2013
MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU
Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 3 March 2013 (Ahad). Tahniah diucapkan kepada semua AJK Panitia Bahasa Melayu kerana telah bersusah payah mengadakan bulan Bahasa Melayu dengan jayanya.
Sila click di sini untuk melihat gambar.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PAKAIAN BOLA
Pada 3 March 2013 (Ahad), sekolah telah menerima sumbangan pakaian bola sepak dari pihak yang sudi menyumbangkan pakaian bola sepak kepada murid-murid yang menyertai pasukan bola sepak sekolah.
Sila click di sini untuk melihat gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)