Sunday 7 April 2013
KEM BESTARI SOLAT KALI-1 2013
Pada 06 April 2013 (Sabtu) Jawatankuasa jQAF SK Bukit Wan dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2013 di SK Bukit Wan. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam Kem Bestari Solat kali ini.
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 04/04/2013 - 05/04/2013 (Khamis - Jumaat) bertempat di SKBW. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini.
Wednesday 3 April 2013
PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2013
Majlis Pelancaran minggu Bahasa Inggeris 2013 telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, pada 03 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBW.
Tuesday 19 March 2013
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
Majlis Pelancaran Program Nilam telah di adakan pada 17 March 2013 ( Ahad ) bertempat di dataran perhimpunan SKBW.
Sila Click Di sini untuk melihat gambar.
Thursday 14 March 2013
PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON UTARA
SKBW TELAH BERJAYA MENJADI JUARA PERTANDINGAN BOLASEPAK PERINGKAT
KUMPULAN BERLANGSUNG DI PADANG BOLASEPAK KG. BUKIT WAN. SKBW TELAH
BERJAYA MENGALAHKAN SK BUKIT NANAS DENGAN MATA 2 - 1.
Sila Click di sini untuk melihat gambar
Tuesday 5 March 2013
MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU
Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 3 March 2013 (Ahad). Tahniah diucapkan kepada semua AJK Panitia Bahasa Melayu kerana telah bersusah payah mengadakan bulan Bahasa Melayu dengan jayanya.
Sila click di sini untuk melihat gambar.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PAKAIAN BOLA
Pada 3 March 2013 (Ahad), sekolah telah menerima sumbangan pakaian bola sepak dari pihak yang sudi menyumbangkan pakaian bola sepak kepada murid-murid yang menyertai pasukan bola sepak sekolah.
Sila click di sini untuk melihat gambar.
Wednesday 27 February 2013
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013
Program merentas desa peringkat sekolah telah di adakan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program tersebut telah bermula dan berakhir di Padang SKBW. Terima kasih diucapkan kepada semua guru,kakitangan dan murid-murid yang terlibat.
Sila Click di sini untuk melihat gambar.
Thursday 7 February 2013
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1434H
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah di adakan pada 06/02/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Perarakan bermula dari tapak perhimpunan SKBW ke Masjid Kampung Lingai. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan Guru-guru, AJK dan penduduk kampung Bukit Wan dan Lingai kerana telah bekerjasama dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Antara program lain yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah ceramah tentang Maulidur Rasul, Kuiz dan pertandingan mewarna.
Antara program lain yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah ceramah tentang Maulidur Rasul, Kuiz dan pertandingan mewarna.
Sila Click di sini untuk melihat gambar
Wednesday 6 February 2013
MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2013
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 6/2/2013 (Selasa) bertempat di Tapak Perhimpunan SKBW. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW. Antara program yang akan di adakan sepanjang bulan bahasa melayu ialah Kuiz, Bacaan Mekanis (Tahap 1), Pertandingan membuat buku skrap, Pertandingan teka-teki, Pertandingan tulisan mekanis,tulisan berangkai dan persembahan murid tahap 1 & 2 (cerita,sajak,pantun).
Sila Click di sini untuk melihat gambar
Subscribe to:
Posts (Atom)