Tuesday 19 March 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

Majlis Pelancaran Program Nilam telah di adakan pada 17 March 2013 ( Ahad ) bertempat di dataran perhimpunan SKBW.






Sila Click Di sini untuk melihat gambar.

Thursday 14 March 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON UTARA

SKBW TELAH BERJAYA MENJADI JUARA PERTANDINGAN BOLASEPAK PERINGKAT KUMPULAN BERLANGSUNG DI PADANG  BOLASEPAK KG. BUKIT WAN. SKBW TELAH BERJAYA MENGALAHKAN SK BUKIT NANAS DENGAN MATA 2 - 1.



Sila Click di sini untuk melihat gambar

Tuesday 5 March 2013

MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 3 March 2013 (Ahad). Tahniah diucapkan kepada semua AJK Panitia Bahasa Melayu kerana telah bersusah payah mengadakan bulan Bahasa Melayu dengan jayanya.






Sila click di sini untuk melihat gambar.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PAKAIAN BOLA

Pada 3 March 2013 (Ahad), sekolah telah menerima sumbangan pakaian bola sepak dari pihak yang sudi menyumbangkan pakaian bola sepak kepada murid-murid yang menyertai pasukan bola sepak sekolah.






Sila click di sini untuk melihat gambar.


Wednesday 27 February 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Program merentas desa peringkat sekolah telah di adakan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program tersebut telah bermula dan berakhir di Padang SKBW. Terima kasih diucapkan kepada semua guru,kakitangan dan murid-murid yang terlibat.





Sila Click di sini untuk melihat gambar.

Thursday 7 February 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1434H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah di adakan pada 06/02/2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Perarakan bermula dari tapak perhimpunan SKBW ke Masjid Kampung Lingai. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan Guru-guru, AJK dan penduduk kampung Bukit Wan dan Lingai kerana telah bekerjasama dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Antara program lain yang dijalankan sepanjang majlis ini ialah ceramah tentang Maulidur Rasul, Kuiz dan pertandingan mewarna.



Sila Click di sini untuk melihat gambar

Wednesday 6 February 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2013

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Melayu telah di adakan pada 6/2/2013 (Selasa) bertempat di Tapak Perhimpunan SKBW. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBW. Antara program yang akan di adakan sepanjang bulan bahasa melayu ialah Kuiz, Bacaan Mekanis (Tahap 1), Pertandingan membuat buku skrap, Pertandingan teka-teki, Pertandingan tulisan mekanis,tulisan berangkai dan persembahan murid tahap 1 & 2 (cerita,sajak,pantun).



Sila Click di sini untuk melihat gambar

Thursday 31 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan telah di adakan pada 31 Januari 2013 (Khamis) bertempat di Dewan/Kantin Sk Bukit Wan. Seramai 250 orang pelajar SKBW telah menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap orang. Turut hadir semua ibubapa pelajar.






Sila Click di sini untuk melihat gambar.

Sunday 27 January 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20 2013

Mesyuarat Agung PIBG telah di adakan pada 26 Januari 2013 ( sabtu ) bertempat di Dewan Terbuka SKBW. Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh YB. Dato Haji Mohd Jidin bin Shafee.


Sila Click di sini untuk melihat gambar

Tuesday 22 January 2013

PROGRAM GERM BUSTER

Program Germ Buster (Pendidikan Kesihatan) telah di adakan pada 22 Januari 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Sk Bukit Wan. Wakil dari Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu telah memberi ceramah tentang pentingnya amalan kebersihan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah menunjukkan demonstrasi 7 langkah mencuci tangan dengan betul.





Sila Click di sini untuk melihat gambar.