Tuesday 17 April 2012

ENGLISH MONTH

Date   : 1 APRIL 2012
Venue : ASSEMBLY GROUND SK BUKIT WAN
Association : ENGLISH PANEL AND RESOURCE CENTER

RATIONALE
English language plays vital role in our life. It is important for the students to be able to understand and use the language so that they will be competent enough to face all the challenges in today’s world. Therefore, English language month is a medium to enhance and empower the knowledge of English language among the students. 

The Aims of English Language Month
(a) To promote the use of English language among the pupils. 
(b) To encourage active participation. 
(c) To motivate and build self esteem.

        ENGLISH MONTH ACTIVITIES 
        1. Launching ceremony gimmick; A performance by Year 4 Pupils. 
        2. Spontaneous Quiz 
        3. Spelling Bee 
        4. Crossword Puzzle. 
        5. Colouring / Find Hidden Objects. 
        6. Talent Time. 
        7. Action Song





                      WIRA SKBW!!!


                      Syabas dan sekalung tahniah buat wira sk bukit wan, adik Mohammad Fairosilaham bin Hassim murid Tahun Enam Bistari (2012) telah berjaya merangkul 2 PINGAT EMAS (acara 4 x 100m dan 4 x 200m kategori lelaki 12) dan 2 PINGAT PERAK (acara 100m dan 200m kategori lelaki 12) di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu (MSST) 2012 di trek olahraga gong badak, kuala terengganu. Beliau akan mewakili negeri terengganu bagi acara tersebut dalam kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Perlis. Semoga kejayaan yang digapai beliau menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk mencipta kegemilangan untuk diri sendiri, keluarga dan sekolah.




                      KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KTU 2012


                      Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) telah  diadakan pada 19 Mac 2012 hingga 22 Mac 2012 di Trek Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. SK Bukit Wan telah menghantar wakil untuk beberapa acara seperti 100m (Lelaki & Perempuan), 200m (Lelaki & Perempuan), 4 x 100m (Lelaki & Perempuan), 4 x 200m (Lelaki & Perempuan), Lompat jauh (Lelaki & Perempuan), Lompat Tinggi (Lelaki & Perempuan) dan Lontar Peluru (Lelaki sahaja). Kategori 100m lelaki yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah memenangi pingat Emas manakala lompat jauh yang diwakili oleh Mohammad Amiruddin bin Azam dan acara 200m yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah mendapat pingat Perak. Bagi acara 4 x 100m telah mendapat pingat Emas dan  4 x 200m lelaki telah mendapat pingat perak yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim, Mohammad Alif Asyraf bin Abd.Aziz, Mohammad Amiruddin bin Azam  dan Mohammad Zulhisham bin Mohd Zaini manakala lontar peluru pula telah mendapat tempat ke empat yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim.

                      KARNIVAL BOLA BALING MSSD KTU 2012


                      Pasukan bola baling sekolah telah mengadakan latihan bola baling bermula 25 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012. Karnival bola baling MSSD KTU 2012 telah di adakan pada 1 April 2012 sehingga 3 April 2012 bagi kategori bawah 12 Lelaki dan Perempuan. Karnival ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu. Walaubagaimana pun, pasukan sekolah tidak mendapat tempat dalam perlawanan tersebut mungkin disebabkan masa latihan yang terlalu singkat dan kurang keyakinan dalam diri peserta. Meskipun pasukan sekolah tidak dapat memenangi apa-apa pingat, salah seorang pemain pasukan sekolah telah terpilih untuk mewaikili daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) iaitu adik Mohammad Fairosilham bin Hassim. Tetapi beliau tidak dapat bersama-sama dengan pasukan KTU kerana masalah kesihatan. Diharap pasukan sekolah lebih bersedia ketika menyertai mana-mana perlawanan dan mengemilangkan kembali pasukan bola baling SK Bukit Wan yang digeruni suatu masa dahulu...InsyaAllah!!!!!

                      PERASMIAN BULAN BAHASA MELAYU DAN PELANCARAN NILAM

                      Tarikh      : 26 FEBRUARI 2012.
                      Tempat    : DATARAN PERHIMPUNAN SK BUKIT WAN.
                      Perasmi  : HJ. MUSLAN BIN MUSLIM.
                                      GURU BESAR SK BUKIT WAN.
                      Anjuran : PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA PSS.


                      RASIONAL
                        Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Lantaran itu,pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyataan warga sekolah khasnya murid-murid lebih mahir berkomunikasi. Salah satu kaedah terbaik untuk merealisasikannya adalah melalui melibatkan murid dalam program-program bahasa yang dirancang. Justeru itu, diharap akan terlahirlah generasi murid yang bukan sahaja mampu berbahasa dengan baik malah berkeyakinan untuk mendepani pelbagai cabaran.

                      Aktiviti Bahasa Melayu
                      1. Mendeklamasi Sajak (Gimik Pelancaran)
                      2. Kuiz Terbuka & Terkumpul (setiap hari)
                      3. Bacan Mekanis Tahun 1 (18 Mac 2012)
                      4. Bercerita Tahap 1 & 2 (25 Mac 2012)
                      5. Pertandingan Buku Skrap (sepanjang bulan BM)
                      6. Pertandingan Teka Silang Kata (mingguan)
                      7. Tulisan Berangkai Tahap 2 (sepanjang bulan BM)
                      8. Tulisan Mekanis Tahap 1(sepanjang bulan BM)
                      9. Teknik Menjawab Tahun 6
                      10. Pertandingan Ejaan (mingguan)
                      11. Pertandingan Shahiba (tahun 4)
                      12. Pertandingan Banyak Membaca

                      Thursday 29 December 2011

                      MESYUARAT JKS KALI PERTAMA TAHUN 2012

                       Tarikh   : 29 DISEMBER 2011
                       Masa    : 8.30 PAGI
                       Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW


                      AGENDA :

                      i   - Ucapan Pengerusi
                      ii  - Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
                      iii - Perkara Berbangkit
                      iv - Analisis / Post Mortem Pencapaian Akhir Tahun (PAT) 2011
                      v  - Analisis / Post Mortem UPSR 2011
                      vi - Rancangan Tahunan JKS 2012
                      vii - Kewangan dan Anggaran Belanja Mengurus
                      viii - Hal-hal lain

                      Tuesday 27 December 2011

                      MESYUARAT GURU SKBW KALI PERTAMA TAHUN 2012

                      Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW
                      Tarikh   : 26 DISEMBER 2011
                      Hari      : ISNIN


                      Agenda:

                      * Ucapan Aluan/Ucaptama Guru Besar
                      * Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
                      * Perkara-perkara yang berbangkit

                      * Taklimat GPK Pentadbiran
                      * Taklimat GPK Hal Ehwal Murid
                      * Taklimat GPK Kokurikulum
                      * Soal Jawab
                      * Penutup

                      Friday 2 December 2011

                        CUTI SEKOLAH BERMULA.......


                      17 November 2011 merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2011. Walaubagaimanapun, minggu pertama dan kedua semasa cuti persekolahan, pelbagai kelas intensif telah diadakan di SK Bukit Wan.

                      (i)  Kelas Pengukuhan untuk murid darjah Lima- persediaan untuk memasuki darjah 6 tahun 2012.

                      (ii) Kelas Lestari Jawi - untuk murid terpilih yang lemah dalam matapelajaran Jawi.

                      (iii) KelasPemulihan - untuk murid-murid yang masih menghadapi masalah pembelajaran ( murid darjah 6 yang menjadi sebagai  pendamping).


                       
                      Kami guru-guru SK Bukit Wan berharap agar murid-murid dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya. Selamat menempuh alam persekolahan di peringkat menengah untuk murid-murid darjah 6 tahun 2011. Semoga kejayaan senantiasa mengiringi kalian...Jangan lupa kami guru-guru di SK Bukit Wan..