Tuesday 25 January 2011

Sukaneka Minggu Transisi Murid Tahun 1

Sukaneka Minggu Transisi Murid Tahun 1 telah diadakan pada 20 Januari 2011 (Khamis).
Semua murid Tahun 1 Arif terlibat dalam sukaneka ini.














Monday 24 January 2011

Larian Mini Marathon


Larian Mini Marathon telah diadakan pada 13 Januari 2011 pada hari Khamis
Semua Guru,kakitangan dan murid turut terlibat bagi menjayakan Larian Mini Marathon pada tahun ini.
Rumah Kuning telah menjadi Johan keseluruhan dalam Larian Mini Marathon ini.



Murid yang telah menerima pingat dalam Larian Mini Marathon Tahun 2011.







En.Abdul Aziz Bin Alias (PK1) telah menyampaikan pingat kepada murid yang berjaya dalam Larian Mini Marathon.








Semua murid terlibat dalam Larian Mini Marathon.








Antara Guru dan Kakitangan yang terlibat dalam Larian Mini Marathon.



Sunday 9 May 2010

Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform 2010

Pada 22 hingga 24 April 2010, aktiviti perkhemahan unit beruniform telah diadakan di padang SK Bukit Wan.Aktiviti ini telah bermula dari 22hb April 2010 dengan aktiviti memasang khemah oleh pelajar dan dibantu oleh guru dan kakitangan sekolah.Terdapat pelbagai aktiviti yang telah di adakan sepanjang berlangsungnya perkhemahan ini, aktiviti kemuncak ialah satu slot ceramah motivasi "Pelajar bersama Ibubapa" yang melibatkan semua ibubapa/penjaga pelajar yang terlibat dengan perkhemahan iaitu murid tahun 4 hingga 6.Perkhemahan ini tidak lengkap jika tidak diadakan aktiviti kembara dimana murid akan diuji ketahanan mental dan fizikal.Kembara merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan walaupun ianya aktiviti yang meletihkan badan.

Antara gambar-gambar yang di ambil semasa aktiviti ini berlangsung

Aktiviti Kembara:

Monday 5 April 2010

MAJLIS MOTIVASI IBU BAPA TAHUN 6

Pada 26 January 2010, satu Majlis Motivasi Ibu Bapa murid-murid tahun 6 telah di adakan di kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.Ibu Bapa di beri penerangan tentang kegiatan dan perancangan pihak sekolah terhadap aktiviti-aktiviti yang akan di adakan khusus untuk murid tahun enam.Diantara perancangan yang di buat dalam masa terdekat ialah :

(a) Solat hajat
(b) Bacaan Surah Yasin
(c) Kelas Tambahan
(d) Kelas Cuti Terancang
(e) Kem Motivasi

aktiviti-aktiviti lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa.







Friday 2 April 2010

kejohanan MSSDKTU

Kejohanan MSSDKTU telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 28 sehingga 31 Mac 2010 di Trek Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu.SKBW berjaya meraih 1 pingat emas bagi acara Lontar Peluru P(12) (bawah 12 tahun)oleh adik Faqihah binti Marzuki.