Sunday 22 April 2012

~SEJARAH TERCIPTA~

SK BUKIT WAN MENERIMA KUNJUNGAN 
DARIPADA BINTANG BOLA SEPAK TERENGGANU


Tanggal 19 April 2012 merupakan satu sejarah telah tercipta di Sk Bukit Wan apabila menerima kunjungan hormat daripada 3 orang tunggak utama Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu iaitu Ashaari, Zubir Azmi dan Ismail Faruqi. Kehadiran mereka untuk membakar semangat kepada pasukan sekolah yang akan mengharungi perlawanan separuh akhir di antara SK Bukit Wan vs SK Teluk Pasu yang bertempat di SK Bukit Tunggal. Selain memberi kata-kata semangat yang berkobar-kobar, superstar-superstar ini juga turut sama memeriahkan majlis penyerahan jersi baru bola sepak yang di sumbang khas oleh orang perseorangan kepada pemain-pemain pasukan sekolah.

Jersi baru yang diperoleh pemain pasukan sekolah menjadi bukti kehadiran mereka apabila ke 3 superstar tersebut menurunkan tandatangan di jersi baru mereka sebagai semangat yang akan di bawah oleh pasukan sekolah ke tengah padang tempat perlawanan berlangsung. Alhamdulilah..pasukan sekolah mampu menyerapkan semangat yang telah di tiup kepada mereka dengan mengungguli perlawanan dan bergelar johan MSSD KTU 2012. Semoga, semangat ini terus membara hingga ke tahun-tahun yang seterusnya..Cikgu yakin anda semua BOLEH!!!! SKBW BOLEH!!!!



Lihat Gambar di sini: Galeri Foto

klik pada link dibawah untuk melihat gambar-gambar :

No comments:

Post a Comment