Saturday 21 April 2012

TAHNIAH ...TAHNIAH..TAHNIAH!!!!

SYABAS DAN TAHNIAH !!!
BUAT PASUKAN BOLA SEPAK 
BAWAH 12 TAHUN SK BUKIT WAN....


Petang hari Khamis 19 April 2012 di padang Sk Bukit Tunggal menjadi saksi bukti kemenangan pasukan bola sepak bawah 12 tahun Sk Bukit Wan menggembalikan sejarah kegemilangan pasukan bola sepak Sk Bukit Wan apabila berjaya membawa pulang kembali piala kemenangan yang sudah lama tidak di pegang oleh pasukan bola sepak sekolah. Debaran yang membelenggu kedua-dua pasukan yang akan berentap pada pusing akhir antara Sk Bukit Wan dengan Sk Batu Rakit terjawab. Kemenangan dengan membolos gol pihak lawan dengan jaringan 1 gol berbalas 0 telah cukup membuatkan Sk Bukit Wan meraih kejayaan.

Semoga pasukan bola sepak bawah 12 Sk Bukit Wan terus bersemangat dan menggekalkan prestasi sejajar dengan semangat yang telah disuntik oleh 3 orang superstar pemain bola sepak Terengganu ( Ismail Faruqi, Ashaari dan Zubir) yang sanggup datang bertemu dan memberi semangat serta dorongan kepada pasukan sekolah. TERIMA KASIH tidak terhingga kepada ketiga-tiga pemain tersebut....




gambar-gambar kegembiraan boleh di lihat pada link dibawah:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.225256780908181.36152.100002715838947&type=3

No comments:

Post a Comment