Thursday 30 June 2011

PROGRAM CUTI TERANCANG PENGGAL 1/2011

Program Cuti Terancang penggal satu SK Bukit Wan bermula pada minggu pertama cuti persekolahan penggal pertama iaitu pada 29 Mei 2011 hingga 1 jun 2011 dengan pelbagai aktiviti kelas tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid diberi pendedahan khas selama empat hari dalam teknik menjawab berdasarkan soalan peperiksaan pertengahan tahun. Manakala program berbentuk Bimbingan Kumpulan Sebaya telah diadakan pada minggu kedua cuti persekolahan yang bermula pada 6 Jun 2011 sehingga 8 Jun 2011.Program ini adalah hasil dari kerjasama oleh pihak pentadbiran sekolah yang membolehkan murid-murid belajar bersama-sama dalam bentuk perbincangan dan bimbingan rakan-rakan serta mewujudkan juga pembelajaran koperatif.


Kelas Pemulihan LINUS Tahun Dua dan Kelas Pemulihan Khas telah diadakan pada minggu pertama cuti persekolahan iaitu pada 29 Mei 2011 hingga 30 Mei 2011 selama 3 jam sehari.Program ini adalah dibawah bimbingan Pn.Zaleha Ali, guru pemulihan SK Bukit Wan dan dibantu oleh En.Zulhaidi Embong.Manakala untuk program LINUS bagi Tahun Satu pula telah diadakan pada minggu kedua cuti persekolahan iaitu pada 6 Jun 2011 hingga 8 Jun 2011 selama 3 hari.Seramai 16 orang murid numerasi dan literasi terlibat dalam program untuk Tahun Satu yang dibimbing oleh guru mata pelajaran LINUS iaitu Pn.Khadijah Abd Rahman dan Pn.Norhayati Abd Rahman.Pelaksanaan program ini diharap agar 85% daripada murid yang terlibat dapat melepasi saringan kedua LINUS.


Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama pengawas perpustakaan telah membuat program kunjungi perpustakaan dimana perpustakaan sekolah telah dibuka selama 3 hari pada minggu ke dua cuti persekolahan.Pihak perpustakaan mendapat kunjungan dan sambutan yang amat menggalakkan dan sebagai galakan insentif kepada pengunjung, cabutan bertuah telah diadakan sebagai tanda sokongan murid terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah.


Kelas Pembelajaran Komputer telah diadakan selama 8 jam iaitu 2 hari hanya untuk murid tahun 5 sahaja.Peserta telah didedahkan dengan cara penjagaan e-book serta di ajar tentang penggunaan aplikasi program Microsoft Word,Microsoft Excell,Microsoft Powerpoint dan cara penggunaan Internet dengan betul sebagai pembelajaran tambahan yang telah dibimbing oleh EIO Sk Bukit Wan iaitu Pn.Rosmaria Idris.


Alhamdulilah, kesemua program yang dirancang telah berjalan lancar dan pihak pentadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Cuti Terancang Penggal 1/2011 ini.

KEM KECEMERLANGAN UPSR SIRI 2/2011

Sebelum berakhirnya penggal pertama persekolahan, pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru telah mengadakan kem kecemerlangan UPSR siri 2/2011 kepada semua murid tahun 6.Program ini adalah sambungan daripada kem kecemerlangan UPSR siri 1/2011 dimana kem kali ini lebih menekankan kaedah pembelajaran dan teknik-teknik menjawab soalan dengan baik berbanding kem siri 1/2011 yang banyak memberi motivasi dan gaya kepimpinan terhadap murid-murid disamping teknik-teknik menjawab soalan.

       KEM INI JUGA ADALAH GALAKAN TERHADAP MURID-MURID UNTUK MENCAPAI :




SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2011