Pada 22 hingga 24 April 2010, aktiviti perkhemahan unit beruniform telah diadakan di padang SK Bukit Wan.Aktiviti ini telah bermula dari 22hb April 2010 dengan aktiviti memasang khemah oleh pelajar dan dibantu oleh guru dan kakitangan sekolah.Terdapat pelbagai aktiviti yang telah di adakan sepanjang berlangsungnya perkhemahan ini, aktiviti kemuncak ialah satu slot ceramah motivasi "Pelajar bersama Ibubapa" yang melibatkan semua ibubapa/penjaga pelajar yang terlibat dengan perkhemahan iaitu murid tahun 4 hingga 6.Perkhemahan ini tidak lengkap jika tidak diadakan aktiviti kembara dimana murid akan diuji ketahanan mental dan fizikal.Kembara merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan walaupun ianya aktiviti yang meletihkan badan.
Antara gambar-gambar yang di ambil semasa aktiviti ini berlangsung
Aktiviti Kembara:
Sunday 9 May 2010
Monday 5 April 2010
MAJLIS MOTIVASI IBU BAPA TAHUN 6
Pada 26 January 2010, satu Majlis Motivasi Ibu Bapa murid-murid tahun 6 telah di adakan di kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.Ibu Bapa di beri penerangan tentang kegiatan dan perancangan pihak sekolah terhadap aktiviti-aktiviti yang akan di adakan khusus untuk murid tahun enam.Diantara perancangan yang di buat dalam masa terdekat ialah :
(a) Solat hajat
(b) Bacaan Surah Yasin
(c) Kelas Tambahan
(d) Kelas Cuti Terancang
(e) Kem Motivasi
aktiviti-aktiviti lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa.
(a) Solat hajat
(b) Bacaan Surah Yasin
(c) Kelas Tambahan
(d) Kelas Cuti Terancang
(e) Kem Motivasi
aktiviti-aktiviti lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa.
Friday 2 April 2010
kejohanan MSSDKTU
Kejohanan MSSDKTU telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 28 sehingga 31 Mac 2010 di Trek Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu.SKBW berjaya meraih 1 pingat emas bagi acara Lontar Peluru P(12) (bawah 12 tahun)oleh adik Faqihah binti Marzuki.
Subscribe to:
Posts (Atom)