Monday 4 November 2013
HARI BAKAT MURID PRASEKOLAH TAHUN 2013
Pada 31 Oktober 2013 (Khamis) Prasekolah telah mengadakan Hari Bakat Murid Prasekolah 2013 di Prasekolah SKBW. Semua ibu bapa murid Prasekolah turut hadir untuk melihat persembahan dan bakat anak-anak mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana menjayakan Hari Bakat Murid Prasekolah Tahun 2013.
Tuesday 22 October 2013
MILO CHAMPIONS SCHOOL PROGRAMME
Pihak Nestle Products (M) Sdn.Bhd telah mengadakan satu program iaitu "MILO Champions School Programme untuk pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Program ini bertujuan memberi tumpuan kepada kepentingan sarapan pagi yang berkhasiat untuk mencapai cara hidup sihat.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
- Sarapan pagi berkhasiat dan minuman MILO akan dihidangkan kepada semua pelajar untuk 5 hari berturut-turut secara percuma.
- Ceramah pendidikan berkaitan kepentingan sarapan berkhasiat dan cara hidup aktif.
- Aktiviti sukan mini bola sepak, bola keranjang dan badminton.
- Penampilan Van MILO.
Tuesday 8 October 2013
PERTANDINGAN SPEED TEST DAN SLIDE PRESENTATION PROGRAM PASCA UPSR
Pertandingan Speed Test dan Slide Presentation Program Pasca UPSR telah di adakan pada 7 Oktober 2013 hari Isnin bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Pertandingan Speed Test dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori lelaki lawan perempuan. Johan pertandingan speed test di menangi oleh Muhammad Ikmal Hakim bin Idris. Tempat kedua di menangi oleh Nor Aisyah binti Bahari dan tempat ketiga dimenangi oleh Wan fahira binti Wan Hanif. Bagi Pertandingan Slide Presentation pula, pelajar di kehendaki membuat kumpulan untuk berbincang tentang tajuk Kebaikan dan keburukan Internet dan dikehendaki membuat satu slide presentation. Persembahan Slide Presentation yang terbaik di menangi oleh kumpulan "Smart Senior". Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.
Thursday 3 October 2013
PERHATIAN UNTUK SEMUA GURU DAN PENTADBIR - UJIAN KOMPETENSI ICT
Guru dan Pentadbir sekolah haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.
Sila click lawan web ini http://ict-kpm.azurewebsites.net/default.aspx
Panduan menjawab:
1. Tekan Log Masuk
2. Masukkan no kad pengenalan
3. Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan.
4. Klik pada ruang jawapan yg dipilih.
5. Klik SETERUSNYA untuk ke soalan berikut
6. Sekiranya semua 30 soalan telah dijawab atau masa telah tamat. klik butang LOG KELUAR
Tuesday 1 October 2013
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBW 2013
Perkhemahan Unit Beruniform SKBW 2013 telah diadakan pada
26,27 & 28 September 2013 (Khamis –Sabtu) bertempat di Padang SKBW. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah memasak dalam kumpulan, bergotong-royong
membersihkan surau sekolah, solat maghrib & isyak berjemaah, kuliah,
demonstrasi pertolongan cemas, kembara malam, pemeriksaan khemah, kembara,
latihan membuat gajet,merentas halangan, BBQ , persembahan malam budaya,
pertandingan memasak, pertandingan membuat gajet, dan majlis penyampaian
hadiah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan
Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini.
Monday 30 September 2013
KEJOHANAN 1M1S DI SKBW 2013
Kejohanan 1M1S telah diadakan pada 23/9/2013, Isnin bertempat di Padang SKBW.
Monday 9 September 2013
MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6
Majlis restu Ilmu untuk murid - murid tahun 6 yang akan menghadapi
peperiksaan UPSR telah diadakan pada 9 September 2013 bertempat di surau
sekolah. Di dalam Majlis ini, guru besar telah memberikan ucapan yang
berbentuk ransangan kepada murid-murid tahun 6. Murid yang mendapat 5 A
dalam ujian tambah nilai telah di beri penghargaan, begitu juga dengan
murid-murid tahun 6 bistari yang lulus semua matapelajaran. Di akhir
majlis ini, sesi bersalaman antara murid-murid dan guru-guru sebagai
simbolik untuk guru-guru menghalalkan semua ilmu yang telah di berikan
kepada murid-murid.
Sunday 8 September 2013
SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2013 NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum calon- calon UPSR
Anak -
anak Terengganu Anjung Ilmu 2013
Apa
khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram.
Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut.
Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu
. Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para
pendeta untuk pertarungan ini. Kamu dulu adalah manusia-manusia biasa yang naif
dan kerdil. Kini kamu juga tetap manusia biasa TETAPI berjiwa,bersemangat dan
berfikir luar biasa. Kamu bakal mencipta fenomena. UPSR Terengganu 2013 bakal
gah menjulang jaya di persada negara...
Anak-anak
kami yang berani,
Dipundakmu
dibahumu negeri Terengganu Anjung Ilmu meletakkan harapan tinggi kepadamu. YAB
Dato’ Seri Menteri Besar, YB Exco Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Guru
Besar, para gurumu, ibubapamu bahkan seluruh rakyat Terengganu menaruh yakin
dan mengharapkanmu mengibar obor kehebatan anak Terengganu menjulang UPSR sebagai
nombor 1. Insyaallah kami semua amat yakin dengan keupayaan dan kemampuanmu.
Katakan, buktikan anak-anakku.
Anak-anak
kami yang hebat,
Sebelum
melangkah ke gelanggang pada 10,11 dan 12 September 2013 nanti ingin kami
berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya,
selagu seirama buah gurindamnya serta
arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya. Jangan mudah tertipu
dengan gelojoh nafsu.
Pertama
jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak
payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah
dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan
ibuayah yang dikasihi, salami tangan
guru yang mendidik tanpa jemu. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya
mustajab serasi dengan izin dan kehendak Ilahi. Mudah-mudahan pertarungan
menjadi mudah, kejayaan menjadi milik kita dengan gah.
Anak-anak
yang budiman,
Jangan
sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan.
Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan
ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan
pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun
sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan
“ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.
Yakin dengan diri. Jangan lalai zikir Rabbi jangan lupa selawat Nabi.
Insyaallah kejayaan bakal menjadi milik kita nan abadi
Anak-anak
yang bijaksana,
Sesudah
selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah
dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi
hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada
kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk
memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu
guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang
bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam
dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “. Orang
bijaksana tidak hanyut dibuai emosi, orang bijaksana cekap dan tega mengawal
situasi.
Anak-anak
pewaris bangsa,
Jangan
sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang
pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau
kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur
dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor
amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan.
Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah
hebat sedang menunggu kamu. Orang inginkan kehebatan perlu berhijrah,perlu
berubah, perlu transformasi. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di
sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada
masa depan . Jangan lepas peluang ini. Orang yang paling malang melihat sahaja
peluang berlalu dan hanya menangis penuh penyesalan selepas itu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...
Rebut,rebut,rebut
dan rebutlah.
Anak-anak
yang bersemangat waja,
Katakan
kepada dirimu sendiri..
Jika ada
1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013
Akulah
salah seorang daripadanya….
Jika ada
100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013
Katakan
kepada dirimu sendiri..
Akulah salah seorang daripadanya…
Jika ada
10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013
Katakan
kepada dirimu sendiri…
Akulah
salah seorang daripadanya…
Jika ada
1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2013
Katakan
kepada dirimu sendiri..
AKUlah
itu….
Anak-anak
kami yang kami kasih kami doakan…
Ya Allah
Ya Tuhan Kami,
Berikah
anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan
minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke
dalam hati mereka ketenangan dan
keberanian..
Ya Allah
Ya Rahim
Dengan
sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan
kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala
penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki
ujian UPSR ini…
Lapang
dan permudahkanlah urusan mereka
menghadapi
ujian ini agar nanti bakal
menjadi
anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta
pendokong ummah dan agamaMu
dipersada
dunia dengan cemerlang dan terbilang.
Ya Allah…
Hanya
kepadaMu kami memohon
Keampunan
dan pertolongan
Amin….
MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YASIN
Majlis Solat Sunat Hajat dan bacaan surah yasin untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10,11 dan 12 September 2013 telah diadakan pada 05 September 2013 (Khamis malam jumaat). Majlis bermula pada pukul 7.15 - 9.30 malam bertempat di Surau SKBW.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak Guru, Kakitangan, ibubapa dan pelajar yang hadir. Semoga pelajar diberi ketenangan dan berjaya di dalam UPSR nanti.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak Guru, Kakitangan, ibubapa dan pelajar yang hadir. Semoga pelajar diberi ketenangan dan berjaya di dalam UPSR nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)