Tuesday 22 January 2013

PROGRAM GERM BUSTER

Program Germ Buster (Pendidikan Kesihatan) telah di adakan pada 22 Januari 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Sk Bukit Wan. Wakil dari Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu telah memberi ceramah tentang pentingnya amalan kebersihan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah menunjukkan demonstrasi 7 langkah mencuci tangan dengan betul.





Sila Click di sini untuk melihat gambar.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434H





SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL PADA 24 JANUARI 2013 (KHAMIS)
12 RABIULAWAL 1434 HIJRAH

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Sunday 20 January 2013

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2013

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas telah di adakan pada 20 Januari 2013 (Ahad), bertempat di Dewan SK Bukit Wan. Ketua Balai Polis Batu Rakit turut dijemput bagi menyampaikan Watikah Perlantikan Pengawas 2013.






Sila Click di sini untuk melihat gambar


Thursday 3 January 2013

SELAMAT DATANG KEPADA GURU-GURU BARU KE SKBW

Selamat datang diucapkan kepada 3 orang guru baru ke Sekolah Kebangsaan Bukit Wan 2013 iaitu:

  1. EN. MAZDI BIN AHMAD ( DARI SK TOK JIRING )- GURU PENOLONG
  2. EN. W. M.RIDZUAN B. W. ABDUL HADI ( DARI SK BUKIT  TUNGGAL)- GURU PENOLONG
  3. PN. HAYATI BT ALI ( DARI SK DARAT BATU RAKIT )- GPK HAL EHWAL MURID

Selamat bertugas dan bertukar ke sekolah lain juga diucapkan kepada guru-guru berikut:

  1. EN. MOHD NOOR BIN CHE ABDULLAH - GPK HEM
  2. PN. AISHAH BINTI AHMAD (KE SK BUKIT TUNGGAL) - GURU AGAMA
  3. PN. NORHAYATI BINTI ABD.RAHMAN (KE SK BKT GUNTUNG) - GURU PENOLONG
  4. EN. MOHD SHAHIRUDDIN BIN ABD.MANAN - (KE SK BUKIT NENAS) 

Monday 31 December 2012



Selamat Tahun Baru  dan Selamat memulakan sesi persekolahan 2013

Thursday 27 December 2012

KEMBALI KE SEKOLAH



Hari pendaftaran bagi sesi 2013 adalah seperti berikut :

HARI : AHAD
TARIKH : 30 DISEMBER 2012
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI




Hari pertama persekolahan bagi sesi 2013 adalah seperti berikut :

HARI : SELASA
TARIKH : 1 JANUARI 2013

Tuesday 25 December 2012

MESYUARAT GURU

(1)  Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi 2013 akan diadakan seperti berikut:

HARI : RABU
TARIKH : 26 DISEMBER 2012
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBW

(2) Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah (JKS)

HARI : KHAMIS
TARIKH : 27 DISEMBER 2012
MASA : 8.15 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBW

(3) Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM)

HARI : KHAMIS
TARIKH : 27 DISEMBER 2012
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBW

(4) Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum (KO)

HARI : ISNIN
TARIKH : 31DISEMBER 2012
MASA : 8.15 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBW

Monday 19 November 2012

TAHNIAH UNTUK PELAJAR YANG BERJAYA DALAM UPSR 2012

Tahniah di ucapkan kepada 5 orang pelajar SKBW kerana telah berjaya mendapat 5A di dalam UPSR 2012. Berikut adalah pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR:

1. MUQRI BIN MARZUKI




2. MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD AZAM



3. MUHAMMAD AMER SYAZWAN BIN AZIM



4. MUHAMMAD SHAFIQ HAIKAL BIN MUHAMMAD@ NAZRI



5. SERI BALQIS QAMALIN BIN MOHD FAISAR

 Tahniah juga di ucapkan kepada 8 orang pelajar yang mendapat 4A,1B dan semua pelajar yang menduduki UPSR 2012 di SKBW.

Sila Click di sini untuk melihat gambar

Wednesday 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1434H



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Amalan-amalan sunat:
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday 8 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & KAKITANGAN SKBW 2012

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Kakitangan SKBW 2012 telah diadakan pada 07/11/2012 (Rabu) bertempat di Inforana Tok Jembal, Kuala Terengganu.



Sila Click di sini untuk lihat gambar.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2012 telah diadakan pada 6 November 2012 ( Selasa ). Majlis telah dirasmikan oleh En.Mustafa bin Yusof (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah KT) mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Beliau turut menyampaikan Sijil kepada murid-murid Pra sekolah, Anugerah Kecermelangan seperti kedudukan dalam kelas,Anugerah Nilam, Mata pelajaran terbaik Tahap 1 & 2, Anugerah Sukan (wakil Daerah & Negeri), Tokoh Murid 2012 dan anugerah Murid Cemerlang UPSR Tahun 2011. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan murid Tahap 1 & 2.




Sila Click di sini untuk melihat gambar.

Monday 5 November 2012

JOHAN KARNIVAL BOLA SEPAK 1M1S

     Sempena meraih kemenangan pasukan bola sepak SKBW di dalam Karnival Bola Sepak 1M1S, murid-murid dirai dalam satu majlis makan malam di Kedai Ikan Bakar Adeq Su, Jalan Kamaruddin yang di miliki oleh Hairuddin Omar (pemain bola sepak - Kapten ATM). semoga pasukan bola sepak SKBW akan terus bersinar di masa-masa akan datang. InsyaAllah..



Sili Click di sini untuk melihat gambar.

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUISAT SUMBER

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah di adakan pada 5/11/2012 (Isnin) bertempat di Bilik Kemahiran Hidup SKBW. Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.



Sila Click di sini untuk lihat gambar.

Saturday 3 November 2012

LAWATAN KE PENGKALAN KUBUR, KELANTAN

Pada 3 November 2012 (Sabtu), Sekolah telah mengadakan lawatan ke Pengkalan Kubur, Pasar Siti Khadijah dan menaiki keretapi dari Tanah Merah ke Tumpat.



Sila Click di sini untuk lihat gambar.

Wednesday 31 October 2012

MAJLIS KORBAN & SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat Sekolah telah di adakan pada hari Isnin 29/10/2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1433H bertempat di SKBW. Semua kakitangan sekolah dan pelajar saling bantu membantu memeriahkan Majlis Korban tersebut. 1 ekor lembu telah dikorbankan untuk Majlis Korban di SKBW.



Sila Click di sini untuk melihat gambar atau terus ke Galeri Foto

Wednesday 24 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban kepada semua Warga SKBW dan semua ummat Islam yang menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 (Jumaat).

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012

Pada 23 Oktober 2012 (Selasa), seramai 14 orang murid Prasekolah SKBW telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran iaitu Program Pintar Al-Quran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Terengganu. Majlis dirasmikan oleh Sultan Terengganu DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, turut serta Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad bin Said.



Sila Click di sini untuk lihat gambar.

Wednesday 10 October 2012

LAWATAN BERINFORMASI MURID PRASEKOLAH

Pada 9 Oktober 2012, murid Prasekolah dan murid pemulihan telah mengikuti lawatan berinformasi di Jabatan Bomba Kuala Terengganu, Planetarium dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Tuesday 9 October 2012

PERKHEMAHAN MURID TAHAP 2 SKBW 2012


Perkhemahan Murid tahap 2 di SKBW telah diadakan pada 4-6 Oktober 2012 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Wan (SKBW). Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan. Ini dapat memupuk semangat berkerjasama dan saling bantu membantu antara kumpulan.



Sila Clik di Galeri Foto untuk melihat gambar.


Sunday 7 October 2012

KARNIVAL BOLA BALING 1M1S MSSDKTU 2012

Pada 7 oktober 2012 beberapa orang pelajar SKBW telah menyertai Karnival Bola Baling 1M1S bawah 11 tahun MSSDKTU 2012. Pasukan SKBW telah mendapat tempat ketiga dalam perlawanan tersebut.



Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar

Saturday 6 October 2012

SAYEMBARA PUISI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 6 Oktober 2012, seramai 8 orang murid SKBW telah terlibat dengan Sayembara Puisi Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Thursday 4 October 2012

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA & DEMOSTRASI KEBAKARAN

Pada 3 & 4 Oktober 2012, SKBW telah mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya & Demostrasi Kebakaran 2012. Pelajar sekolah,guru dan kakitangan turut terlibat dalam aktiviti memadam api. Manakala Anggota Polis turut dijemput untuk memberi ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada semua pelajar.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Sunday 30 September 2012

LAWATAN BERINFORMASI MURID TAHUN 6


Pada 17, 18 & 19 September 2012. Pelajar Tahun 6 SKBW telah mengikuti lawatan berinformasi di Gambang Water Park Kuantan, Bandar Hilir Melaka, I-City Shah Alam dan Cameran Highlands.


Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Wednesday 26 September 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH 2012

Sambutan hari lahir murid Prasekolah di adakan dengan meriah sekali. Seramai 25 orang murid Prasekolah menyambut hari lahir secara beramai-ramai.




Sila Click pada Galeri Foto untuk melihat gambar.

Monday 10 September 2012

SEMOGA BERJAYA DI DALAM UPSR 2012




Kami Warga SK Bukit Wan mendoakan kejayaan semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 11,12 & 13 September 2012. 


SOLAT HAJAT UPSR 2012


Warga SK Bukit Wan bersama ibubapa/penjaga murid Tahun Enam akan mengadakan bacaan surah Yasin, solat hajat, bermunajat dan berzikir kehadrat Ilahi agar dipermudahkan dan diberi semangat dan kekuatan dari segi fizikal dan mental murid-murid tahun 6 SKBW yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2012 pada 11, 12 dan 13 September 2012. Majlis adalah sebagaimana berikut:-


TARIKH : 9 September 2012
MASA    : 7.00 malam - kehadiran ibubapa/penjaga
                  7.15 malam  - solat maghrib berjemaah
                                      - bacaan surah Yasin
                                      - solat hajat
                                      - solat Isyak berjemaah
                                      - Jamuan 

TEMPAT  : Surau SK Bukit Wan




Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.InsyaAllah.



Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar.

Sunday 9 September 2012

AKTIVITI GOTONG-ROYONG KAKITANGAN DAN PELAJAR SKBW


Pada 8 September 2012, sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Semua kakitangan sekolah dan pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru.


Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar.

KEM GERAK GEMPUR UPSR 2012




Kem Gerak Gempur telah di adakan pasa 5 & 6 september 2012 bertempat di Anees Resort, Kampung Tanjung Gelam. Seramai 51 orang calon UPSR telah menyertai program ini.