Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.
Saturday 6 October 2012
SAYEMBARA PUISI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pada 6 Oktober 2012, seramai 8 orang murid SKBW telah terlibat dengan Sayembara Puisi Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Thursday 4 October 2012
PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA & DEMOSTRASI KEBAKARAN
Pada 3 & 4 Oktober 2012, SKBW telah mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya & Demostrasi Kebakaran 2012. Pelajar sekolah,guru dan kakitangan turut terlibat dalam aktiviti memadam api. Manakala Anggota Polis turut dijemput untuk memberi ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada semua pelajar.
Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.
Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.
Sunday 30 September 2012
LAWATAN BERINFORMASI MURID TAHUN 6
Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.
Wednesday 26 September 2012
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH 2012
Sambutan hari lahir murid Prasekolah di adakan dengan meriah sekali. Seramai 25 orang murid Prasekolah menyambut hari lahir secara beramai-ramai.
Sila Click pada Galeri Foto untuk melihat gambar.
Monday 10 September 2012
SEMOGA BERJAYA DI DALAM UPSR 2012
Kami Warga SK Bukit Wan mendoakan kejayaan semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 11,12 & 13 September 2012.
SOLAT HAJAT UPSR 2012
Warga SK Bukit Wan bersama ibubapa/penjaga murid Tahun Enam akan mengadakan bacaan surah Yasin, solat hajat, bermunajat dan berzikir kehadrat Ilahi agar dipermudahkan dan diberi semangat dan kekuatan dari segi fizikal dan mental murid-murid tahun 6 SKBW yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2012 pada 11, 12 dan 13 September 2012. Majlis adalah sebagaimana berikut:-
TARIKH : 9 September 2012
MASA : 7.00 malam - kehadiran ibubapa/penjaga
7.15 malam - solat maghrib berjemaah
- bacaan surah Yasin
- solat hajat
- solat Isyak berjemaah
- Jamuan
TEMPAT : Surau SK Bukit Wan
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.InsyaAllah.
Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar.
Sunday 9 September 2012
AKTIVITI GOTONG-ROYONG KAKITANGAN DAN PELAJAR SKBW
Pada 8 September 2012, sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Semua kakitangan sekolah dan pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru.
Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar.
KEM GERAK GEMPUR UPSR 2012
Kem Gerak Gempur telah di adakan pasa 5 & 6 september 2012 bertempat di Anees Resort, Kampung Tanjung Gelam. Seramai 51 orang calon UPSR telah menyertai program ini.
Tuesday 28 August 2012
PERJUMPAAN IBU BAPA KUMPULAN ELIT UPSR BERSAMA KUMPULAN PENTADBIRAN SKBW
Monday 27 August 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)