Tuesday 25 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK DUN BATU RAKIT 2014

Majlis Penyerahan e-Book Dun Batu Rakit 2014 telah diadakan pada 25 Februari 2014 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Maras, Batu Rakit. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Hj. Bazlan bin Abd. Rahman (Adun Batu Rakit). Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tahun 5 dun Batu Rakit yang telah menerima e-Book.



Sunday 23 February 2014

PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah Tahun 2014 telah dirasmikan oleh Tn.Hj Che Ku Alam bin Che Ku Ali (Guru Besar SKBW) pada 20 Februari 2014 (Khamis) bertempat di Dataran ilmu Sk Bukit Wan. Program Amalan Guru Penyayang adalah anjuran dari jawatankuasa Program Mentor Mentee. Matlamat program ini ialah untuk membangun sahsiah murid melalui budaya amalan penyayang. Antara program yang dijalankan ialah perlantikan mentor, penyerahan mentee kepada mentor dan kutipan derma tabung sayang disayang.





Sunday 9 February 2014

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR SKBW 2014

Bantuan Awal Persekolahan RM100 telah diadakan pada 09 Februari 2014 (Ahad) di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Semua ibubapa turut hadir ke sekolah bagi menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap orang pelajar. Seramai 246 orang murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah menerima bantuan awal persekolahan RM100.



Thursday 30 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada 30 Januari 2014 (Khamis), Sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dan di sertai dengan  majlis berendoi dan cukur jambul anak Pn.Nor Hazleza binti Embong (guru SKBW). Semua guru ,murid-murid, ibubapa dan penduduk Kampung Bukit Wan turut serta menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul serta majlis berendoi dan cukur jambul di SKBW pada tahun ini.



Tuesday 31 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA PELAJAR SKBW 2014.
TARIKH PENDAFTARAN KELAS : 31 DISEMBER 2013 (SELASA)
TARIKH MULA SESI PERSEKOLAHAN : 01 JANUARI 2014 (RABU)


JASAMU TETAP DIKENANG



Tn.Hj. Muslan bin Muslim
Warga SKBW ingin mengucapkan Selamat bertugas di Sekolah Keb. Pasir Panjang kepada Tn.Hj. Muslan bin Muslim (Guru Besar SKBW). Segala jasa dan pengorbanan Tn.Hj. Muslan bin Muslim di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan selama 7 tahun (16/12/2006 - 15/12/2013) amatlah kami hargai kerana sepanjang beliau berada di SKBW pencapaian akademik dan sukan semakin meningkat. Terima kasih yang tidak terhingga dari warga SKBW. Selamat datang juga diucapkan kepada Guru Besar baru yang menggantikan Tn.Hj. Muslan bin Muslim iaitu Tn.Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali.