Sunday 9 February 2014

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR SKBW 2014

Bantuan Awal Persekolahan RM100 telah diadakan pada 09 Februari 2014 (Ahad) di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Semua ibubapa turut hadir ke sekolah bagi menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap orang pelajar. Seramai 246 orang murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah menerima bantuan awal persekolahan RM100.



Thursday 30 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada 30 Januari 2014 (Khamis), Sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dan di sertai dengan  majlis berendoi dan cukur jambul anak Pn.Nor Hazleza binti Embong (guru SKBW). Semua guru ,murid-murid, ibubapa dan penduduk Kampung Bukit Wan turut serta menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul serta majlis berendoi dan cukur jambul di SKBW pada tahun ini.



Tuesday 31 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA PELAJAR SKBW 2014.
TARIKH PENDAFTARAN KELAS : 31 DISEMBER 2013 (SELASA)
TARIKH MULA SESI PERSEKOLAHAN : 01 JANUARI 2014 (RABU)


JASAMU TETAP DIKENANG



Tn.Hj. Muslan bin Muslim
Warga SKBW ingin mengucapkan Selamat bertugas di Sekolah Keb. Pasir Panjang kepada Tn.Hj. Muslan bin Muslim (Guru Besar SKBW). Segala jasa dan pengorbanan Tn.Hj. Muslan bin Muslim di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan selama 7 tahun (16/12/2006 - 15/12/2013) amatlah kami hargai kerana sepanjang beliau berada di SKBW pencapaian akademik dan sukan semakin meningkat. Terima kasih yang tidak terhingga dari warga SKBW. Selamat datang juga diucapkan kepada Guru Besar baru yang menggantikan Tn.Hj. Muslan bin Muslim iaitu Tn.Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali.

Thursday 14 November 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2013

Anugerah Kecemerlangan dan pengumuman keputusan UPSR 2013 telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) bertempat di Kantin SK Bukit Wan. Majlis dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Bazlan bin Abd Rahman Adun Batu Rakit. Seramai 4 orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR iaitu Ahmad Farhan Syahmi bin Mat Sabri, Luqman Hakim bin Nazri, Muhammad Ikmal Hakim bin Idres dan Nurul Alyssa binti Abd Rahim. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2013.



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBW tahun 2013 telah diadakan pada 12/11/2013  (Selasa). Majlis dirasmikan oleh YB Tn.Hj. Bazlan bin Abd. Rahman Adun Batu Rakit. Antara anugerah yang telah disampaikan ialah penyampaian sijil anugerah kepada murid Prasekolah,Prasekolah yang boleh menguasai 3M, Murid Pintar Quran, Murid Pemulihan Khas yang boleh Menguasai 3M, Anugerah Kecemerlangan Kedudukan dalam kelas tahap 1 & 2, Mata Pelajaran Terbaik tahap 1 & 2, Kedudukan dalam kelas KAFA, Anugerah Hafazan Al-Quran,Anugerah Nilam, Anugerah Khas Sukan dan Tokoh Murid bagi Tahun 2013. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada tahun ini.





Monday 4 November 2013

HARI BAKAT MURID PRASEKOLAH TAHUN 2013

Pada 31 Oktober 2013 (Khamis) Prasekolah telah mengadakan Hari Bakat Murid Prasekolah 2013 di Prasekolah SKBW. Semua ibu bapa murid Prasekolah turut hadir untuk melihat persembahan dan bakat anak-anak mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana menjayakan Hari Bakat Murid Prasekolah Tahun 2013.