Thursday 19 April 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD KTU 2012

 LAPORAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD KTU 2012

PERINGKAT : ZON D
PUSAT : SK BUKIT NANAS

KEPUTUSAN PERLAWANAN (peringkat zon)

1)  8 APRIL 2012       SK BUKIT WAN vs SK BUKIT NANAS        (1-0)
2)  9 APRIL 2012       SK BUKIT WAN vs SK LKTP BELARA        (5-0)
3) 10 APRIL 2012      SK BUKIT WAN vs SK BUKIT GUNTONG   (5-0)   


SK Bukit Wan telah menjadi Johan keseluruhan bagi Zon D dan layak untuk ke peringkat daerah.        


PERINGKAT : DAERAH
PUSAT : SK BUKIT TUNGGAL

KEPUTUSAN PERLAWANAN (peringkat daerah)

1) Suku Akhir                ZON D        vs         ZON B                  3 - 1
   (16 April 2012)      (SK Bukit Wan)  (SK Padang Kemunting)
2) Separuh Akhir           ZON D          vs       ZON F                  1 - 0
    (18 April 2012)     (SK Bukit Wan)     (SK Teluk Pasu)      
3) Akhir                        ZON D          vs       ZON A                  ? - ?
    (19 April 2012)     (SK Bukit Wan)     (SK Batu Rakit)  


Perlawanan akhir akan berlangsung pada petang ini 19/04/2012 jam 5.00 petang di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.Semoga kejayaan sentiasa mengiringi pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Wan dan diharap agar mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi menggapai gelaran JOHAN!!!...
Diharap agar Ibu bapa dan guru-guru serta warga Bukit Wan, Gong Lingai, Lingai, Pondok Lalang, Bukit Nenasi dan Lebam Besar sama-sama mendoakan kejayaan mereka serta turun memberi sokongan dan semangat kepada pasukan sekolah..
insyaAllah SK Bukit Wan BOLEH!!!!!


 

Tuesday 17 April 2012

PERTUKARAN GPK 1

Berkuatkuasa pada 1 April 2012, GPK 1 SK Bukit Wan Cikgu Abd. Aziz bin Alias telah menerima surat pertukaran dari SK Bukit Wan ke SK Pusat Bukit Besar. Pada tarikh tersebut juga SK Bukit Wan telah menerima seorang GPK 1 yang baru bagi mengantikan Cikgu Abd Aziz bin Alias iaitu Cikgu Zulkifli bin Ariffin yang berpindah dari SK Tok Jiring ke SK Bukit Wan. Walaupun bertukar cara pentadbiran, diharap SK Bukit Wan akan terus cemerlang dan gemilang dalam apa jua bidang.


SELAMAT DATANG CIKGU ZULKIFLI BIN ARIFFIN
 KE SK BUKIT WAN......


ENGLISH MONTH

Date   : 1 APRIL 2012
Venue : ASSEMBLY GROUND SK BUKIT WAN
Association : ENGLISH PANEL AND RESOURCE CENTER

RATIONALE
English language plays vital role in our life. It is important for the students to be able to understand and use the language so that they will be competent enough to face all the challenges in today’s world. Therefore, English language month is a medium to enhance and empower the knowledge of English language among the students. 

The Aims of English Language Month
(a) To promote the use of English language among the pupils. 
(b) To encourage active participation. 
(c) To motivate and build self esteem.

        ENGLISH MONTH ACTIVITIES 
        1. Launching ceremony gimmick; A performance by Year 4 Pupils. 
        2. Spontaneous Quiz 
        3. Spelling Bee 
        4. Crossword Puzzle. 
        5. Colouring / Find Hidden Objects. 
        6. Talent Time. 
        7. Action Song





                      WIRA SKBW!!!


                      Syabas dan sekalung tahniah buat wira sk bukit wan, adik Mohammad Fairosilaham bin Hassim murid Tahun Enam Bistari (2012) telah berjaya merangkul 2 PINGAT EMAS (acara 4 x 100m dan 4 x 200m kategori lelaki 12) dan 2 PINGAT PERAK (acara 100m dan 200m kategori lelaki 12) di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu (MSST) 2012 di trek olahraga gong badak, kuala terengganu. Beliau akan mewakili negeri terengganu bagi acara tersebut dalam kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Perlis. Semoga kejayaan yang digapai beliau menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk mencipta kegemilangan untuk diri sendiri, keluarga dan sekolah.




                      KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KTU 2012


                      Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) telah  diadakan pada 19 Mac 2012 hingga 22 Mac 2012 di Trek Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. SK Bukit Wan telah menghantar wakil untuk beberapa acara seperti 100m (Lelaki & Perempuan), 200m (Lelaki & Perempuan), 4 x 100m (Lelaki & Perempuan), 4 x 200m (Lelaki & Perempuan), Lompat jauh (Lelaki & Perempuan), Lompat Tinggi (Lelaki & Perempuan) dan Lontar Peluru (Lelaki sahaja). Kategori 100m lelaki yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah memenangi pingat Emas manakala lompat jauh yang diwakili oleh Mohammad Amiruddin bin Azam dan acara 200m yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah mendapat pingat Perak. Bagi acara 4 x 100m telah mendapat pingat Emas dan  4 x 200m lelaki telah mendapat pingat perak yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim, Mohammad Alif Asyraf bin Abd.Aziz, Mohammad Amiruddin bin Azam  dan Mohammad Zulhisham bin Mohd Zaini manakala lontar peluru pula telah mendapat tempat ke empat yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim.

                      KARNIVAL BOLA BALING MSSD KTU 2012


                      Pasukan bola baling sekolah telah mengadakan latihan bola baling bermula 25 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012. Karnival bola baling MSSD KTU 2012 telah di adakan pada 1 April 2012 sehingga 3 April 2012 bagi kategori bawah 12 Lelaki dan Perempuan. Karnival ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu. Walaubagaimana pun, pasukan sekolah tidak mendapat tempat dalam perlawanan tersebut mungkin disebabkan masa latihan yang terlalu singkat dan kurang keyakinan dalam diri peserta. Meskipun pasukan sekolah tidak dapat memenangi apa-apa pingat, salah seorang pemain pasukan sekolah telah terpilih untuk mewaikili daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) iaitu adik Mohammad Fairosilham bin Hassim. Tetapi beliau tidak dapat bersama-sama dengan pasukan KTU kerana masalah kesihatan. Diharap pasukan sekolah lebih bersedia ketika menyertai mana-mana perlawanan dan mengemilangkan kembali pasukan bola baling SK Bukit Wan yang digeruni suatu masa dahulu...InsyaAllah!!!!!

                      PERASMIAN BULAN BAHASA MELAYU DAN PELANCARAN NILAM

                      Tarikh      : 26 FEBRUARI 2012.
                      Tempat    : DATARAN PERHIMPUNAN SK BUKIT WAN.
                      Perasmi  : HJ. MUSLAN BIN MUSLIM.
                                      GURU BESAR SK BUKIT WAN.
                      Anjuran : PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA PSS.


                      RASIONAL
                        Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Lantaran itu,pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyataan warga sekolah khasnya murid-murid lebih mahir berkomunikasi. Salah satu kaedah terbaik untuk merealisasikannya adalah melalui melibatkan murid dalam program-program bahasa yang dirancang. Justeru itu, diharap akan terlahirlah generasi murid yang bukan sahaja mampu berbahasa dengan baik malah berkeyakinan untuk mendepani pelbagai cabaran.

                      Aktiviti Bahasa Melayu
                      1. Mendeklamasi Sajak (Gimik Pelancaran)
                      2. Kuiz Terbuka & Terkumpul (setiap hari)
                      3. Bacan Mekanis Tahun 1 (18 Mac 2012)
                      4. Bercerita Tahap 1 & 2 (25 Mac 2012)
                      5. Pertandingan Buku Skrap (sepanjang bulan BM)
                      6. Pertandingan Teka Silang Kata (mingguan)
                      7. Tulisan Berangkai Tahap 2 (sepanjang bulan BM)
                      8. Tulisan Mekanis Tahap 1(sepanjang bulan BM)
                      9. Teknik Menjawab Tahun 6
                      10. Pertandingan Ejaan (mingguan)
                      11. Pertandingan Shahiba (tahun 4)
                      12. Pertandingan Banyak Membaca

                      Thursday 29 December 2011

                      MESYUARAT JKS KALI PERTAMA TAHUN 2012

                       Tarikh   : 29 DISEMBER 2011
                       Masa    : 8.30 PAGI
                       Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW


                      AGENDA :

                      i   - Ucapan Pengerusi
                      ii  - Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
                      iii - Perkara Berbangkit
                      iv - Analisis / Post Mortem Pencapaian Akhir Tahun (PAT) 2011
                      v  - Analisis / Post Mortem UPSR 2011
                      vi - Rancangan Tahunan JKS 2012
                      vii - Kewangan dan Anggaran Belanja Mengurus
                      viii - Hal-hal lain