Tuesday 17 April 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KTU 2012


Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) telah  diadakan pada 19 Mac 2012 hingga 22 Mac 2012 di Trek Olahraga Gong Badak, Kuala Terengganu. SK Bukit Wan telah menghantar wakil untuk beberapa acara seperti 100m (Lelaki & Perempuan), 200m (Lelaki & Perempuan), 4 x 100m (Lelaki & Perempuan), 4 x 200m (Lelaki & Perempuan), Lompat jauh (Lelaki & Perempuan), Lompat Tinggi (Lelaki & Perempuan) dan Lontar Peluru (Lelaki sahaja). Kategori 100m lelaki yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah memenangi pingat Emas manakala lompat jauh yang diwakili oleh Mohammad Amiruddin bin Azam dan acara 200m yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim telah mendapat pingat Perak. Bagi acara 4 x 100m telah mendapat pingat Emas dan  4 x 200m lelaki telah mendapat pingat perak yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim, Mohammad Alif Asyraf bin Abd.Aziz, Mohammad Amiruddin bin Azam  dan Mohammad Zulhisham bin Mohd Zaini manakala lontar peluru pula telah mendapat tempat ke empat yang diwakili oleh Mohammad Fairosilham bin Hassim.

KARNIVAL BOLA BALING MSSD KTU 2012


Pasukan bola baling sekolah telah mengadakan latihan bola baling bermula 25 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012. Karnival bola baling MSSD KTU 2012 telah di adakan pada 1 April 2012 sehingga 3 April 2012 bagi kategori bawah 12 Lelaki dan Perempuan. Karnival ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu. Walaubagaimana pun, pasukan sekolah tidak mendapat tempat dalam perlawanan tersebut mungkin disebabkan masa latihan yang terlalu singkat dan kurang keyakinan dalam diri peserta. Meskipun pasukan sekolah tidak dapat memenangi apa-apa pingat, salah seorang pemain pasukan sekolah telah terpilih untuk mewaikili daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) iaitu adik Mohammad Fairosilham bin Hassim. Tetapi beliau tidak dapat bersama-sama dengan pasukan KTU kerana masalah kesihatan. Diharap pasukan sekolah lebih bersedia ketika menyertai mana-mana perlawanan dan mengemilangkan kembali pasukan bola baling SK Bukit Wan yang digeruni suatu masa dahulu...InsyaAllah!!!!!

PERASMIAN BULAN BAHASA MELAYU DAN PELANCARAN NILAM

Tarikh      : 26 FEBRUARI 2012.
Tempat    : DATARAN PERHIMPUNAN SK BUKIT WAN.
Perasmi  : HJ. MUSLAN BIN MUSLIM.
                GURU BESAR SK BUKIT WAN.
Anjuran : PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA PSS.


RASIONAL
  Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Lantaran itu,pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyataan warga sekolah khasnya murid-murid lebih mahir berkomunikasi. Salah satu kaedah terbaik untuk merealisasikannya adalah melalui melibatkan murid dalam program-program bahasa yang dirancang. Justeru itu, diharap akan terlahirlah generasi murid yang bukan sahaja mampu berbahasa dengan baik malah berkeyakinan untuk mendepani pelbagai cabaran.

Aktiviti Bahasa Melayu
1. Mendeklamasi Sajak (Gimik Pelancaran)
2. Kuiz Terbuka & Terkumpul (setiap hari)
3. Bacan Mekanis Tahun 1 (18 Mac 2012)
4. Bercerita Tahap 1 & 2 (25 Mac 2012)
5. Pertandingan Buku Skrap (sepanjang bulan BM)
6. Pertandingan Teka Silang Kata (mingguan)
7. Tulisan Berangkai Tahap 2 (sepanjang bulan BM)
8. Tulisan Mekanis Tahap 1(sepanjang bulan BM)
9. Teknik Menjawab Tahun 6
10. Pertandingan Ejaan (mingguan)
11. Pertandingan Shahiba (tahun 4)
12. Pertandingan Banyak Membaca

Thursday 29 December 2011

MESYUARAT JKS KALI PERTAMA TAHUN 2012

 Tarikh   : 29 DISEMBER 2011
 Masa    : 8.30 PAGI
 Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW


AGENDA :

i   - Ucapan Pengerusi
ii  - Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
iii - Perkara Berbangkit
iv - Analisis / Post Mortem Pencapaian Akhir Tahun (PAT) 2011
v  - Analisis / Post Mortem UPSR 2011
vi - Rancangan Tahunan JKS 2012
vii - Kewangan dan Anggaran Belanja Mengurus
viii - Hal-hal lain

Tuesday 27 December 2011

MESYUARAT GURU SKBW KALI PERTAMA TAHUN 2012

Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW
Tarikh   : 26 DISEMBER 2011
Hari      : ISNIN


Agenda:

* Ucapan Aluan/Ucaptama Guru Besar
* Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
* Perkara-perkara yang berbangkit

* Taklimat GPK Pentadbiran
* Taklimat GPK Hal Ehwal Murid
* Taklimat GPK Kokurikulum
* Soal Jawab
* Penutup

Friday 2 December 2011

  CUTI SEKOLAH BERMULA.......


17 November 2011 merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2011. Walaubagaimanapun, minggu pertama dan kedua semasa cuti persekolahan, pelbagai kelas intensif telah diadakan di SK Bukit Wan.

(i)  Kelas Pengukuhan untuk murid darjah Lima- persediaan untuk memasuki darjah 6 tahun 2012.

(ii) Kelas Lestari Jawi - untuk murid terpilih yang lemah dalam matapelajaran Jawi.

(iii) KelasPemulihan - untuk murid-murid yang masih menghadapi masalah pembelajaran ( murid darjah 6 yang menjadi sebagai  pendamping).


 
Kami guru-guru SK Bukit Wan berharap agar murid-murid dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya. Selamat menempuh alam persekolahan di peringkat menengah untuk murid-murid darjah 6 tahun 2011. Semoga kejayaan senantiasa mengiringi kalian...Jangan lupa kami guru-guru di SK Bukit Wan.. 











Tuesday 22 November 2011

SYABAS & TAHNIAH !!!!

KEJAYAAN MILIK MEREKA.......

       17 November 2011 menjadi titik penentu kepada 48 orang pelajar tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Kuala Terengganu kerana pada tanggal tersebut keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan serentak di seluruh Malaysia...

      Seramai 8 orang murid SKBW telah mendapat keputusan 5A dan seramai 8 orang murid juga mendapat keputusan 4A 1B. Keputusan UPSR 2011 telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan murid yang mendapat keputusan penuh 5A dan juga 4A 1B berbanding dengan tahun 2010..

      Berdasarkan analisis pencapaian keseluruhan peperiksaan UPSR 2011 Sk Bukit Wan, dengan jumlah calon seramai 48 orang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.Peratusan yang mendapat 5A ialah sebanyak 16.7% begitu juga dengan 4A 1B sebanyak 16.7%.Manakala peratusan yang mendapat minimum C adalah sebanyak 79.2% daripada keseluruhan calon dan hanya 20.8% iaitu seramai 10 orang calon yang mendapat D+E.

     Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Bukit Wan yang telah bekerja keras untuk memastikan mereka dapat meraih kejayaan yang cemerlang..semoga permulaan kejayaan bagi mereka ini akan menjadi titik permulaan untuk mereka terus kecapi dalam meneruskan arus pendidikan yang terbilang..insyaAllah



p/s: gambar-gambar boleh di lihat menerusi link dibawah

Sunday 20 November 2011

TAHNIAH DAN SYABAS!!!!!

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN MERAIH KEPUTUSAN 5 A DALAM UPSR 2011