Thursday 30 June 2011

AKTIVITI-AKTIVITI DI BULAN APRIL 2011


Bermula di bulan April, Sk Bukit Wan telah memulakan penglibatan sukan dalam pertandingan bola jaring, di ikuti oleh pertandingan hoki,bola sepak dan di akhiri dengan pertandingan bola baling.Di antara pencapaian-pencapaian yang dapat di sandang oleh murid-murid bagi bola jaring di bawah bimbingan Pn.Azean Wati hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan, manakala bagi pertandingan hoki dibawah bimbingan En.Zulhaidi dan En.Abdul Rahman pula telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan ke peringkat akhir walaupun telah sekian lama Sk Bukit Wan tidak menghantar wakil untuk pertandingan hoki, Alhamdulilah pasukan sekolah telah berjaya mendapat Naib Johan.Bagi bola sepak pula, pasukan sekolah dibawah bimbingan En.Ahmad Shahiruddin telah berjaya menjuarai pertandingan bagi peringkat Zon D. Walaubagaimanapun pasukan bola sepak sekolah hanya dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir semasa perlawanan antara zon berlangsung.Pertandingan yang mengakhiri bagi bulan April ialah bola baling dibawah bimbingan Cik Nazmiah dan dibantu oleh En.Ahmad Shahiruddin berjaya menjuarai kumpulan C bagi lelaki dan hanya berjaya ke peringkat suku akhir sahaja apabila kalah dengan penalti 1-2.Manakala bola baling (P) bwh 12 hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan... Walau apa pun...SYABAS dan TAHNIAH atas usaha anda semua... dan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada guru-guru yang membimbing murid-murid.. 
MAJULAH SUKAN UNTUK SK BUKIT WAN...





Sunday 3 April 2011

Aktiviti-aktiviti sepanjang Mac 2011

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR 2011

Satu kem kecemerlangan UPSR 2011 telah diadakan selama 2 hari bertempat di SK Bukit Wan bermula dari 31 Mac sehingga 1 April 2011.Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

i) Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
ii) Slot Teman Akrab
iii) Solat Hajat dan bacaan surah Yasin
iv) Muhasabah diri (pelajar bersama - sama dengan ibubapa)

Diharap program ini telah memberikan semangat dan membantu murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam UPSR 2011.





MINGGU MATEMATIK

Bermula dari 27 sehingga 31 Mac 2011, Panitia Matematik telah mengadakan minggu Matematik. Objektif program ini adalah untuk mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Matematik, menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik, menguji kemahiran murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.Program ini mensasarkan murid-murid tahap 1 yang terdiri daripada 84 orang murid dan murid-murid tahap 2 seramai 180 orang murid.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu Matematik ialah :

(a) Kuiz Matematik
(b) Kelas Bimbingan Matematik Tahun 6
(c) Bijak Sifir
(d) Mathematics Explorace (untuk murid tahun 4 dan tahun 5 sahaja)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PKG MENGABANG TELIPOT TAHUN 2011

Pada 22 Mac 2011 seramai 6 orang murid telah mewakili sekolah dalam acara Hafazan Al-Quran, Bercerita kisah-kisah Al-Quran dan Tilawah Al-Quran bertempat di SK Tanjung Gelam.Seorang murid telah berjaya mendapat johan dalam acara Hafazan lelaki dan akan mewaliki PKG Mengabang Telipot dan selebihnya hanya mendapat saguhati. Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah diatas kejayaan dan kesungguhan yang ditonjolkan.








KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDKTU 2011

Satu Kejohanan Olahraga MSSDKTU telah diadakan pada 21 hingga 24 Mac 2011 di Trek Latihan Olahraga Kompleks Sukan Gong Badak.Seramai 14 orang murid telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti :

(a) 100m (Lelaki dan Perempuan)
(a) 200m (Lelaki dan Perempuan)
(c) 4x200m (Lelaki dan Perempuan)
(d) Lompat Jauh (Lelaki dan Perempuan)
(e) Lompat Tinggi (Lelaki)
(f) Lontar Peluru (Lelaki)

SK Bukit berjaya merangkul 1 pingat perak menerusi acara lontar peluru dan mendapat tempat ke-4 dalam acara 200m (Lelaki dan Perempuan),100m (Perempuan)serta acara 4x200m (Lelaki).Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah kepada semua murid yang berusaha untuk lakukan yang terbaik.

Tuesday 8 March 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

     Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah diadakan pada 6 Mac 2011 di dataran perhimpunan SKBW yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Wan,Hj.Muslan bin Muslim.Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan program Nilam. Ustazah Aishah binti Ahmad selaku penyelaras program Nilam menyediakan gimik pelancaran yang merupakan sebongkah ais yang mengandungi buku Nilam dan wang kertas bernilai RM 150 didalamnya sebagai hadiah utama kepada murid yang berjaya menjadi Tokoh Nilam 2011.Gimik tersebut yang dinamakan sebagai "Kalau Tak Pecahkan Ruyung,Manakan Dapat Sagunya" itu telah disempurnakan oleh Hj.Muslan bin Muslim, Guru Besar SKBW.














KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU 2011

TARIKH  : 19 FEBRUARI 2011
TEMPAT : SMK PADANG KEMUNTING,KUALA TERENGGANU
ACARA   : KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS TERENGGANU KALI KE 8 TAHUN 2011

Pada 18 dan 19 Februari 2011 beberapa orang guru dari SKBW telah terlibat secara langsung di Kejohanan Merentas Desa MSS Terengganu kali ke 8 tahun 2011 yang bertempat di SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu. Guru-guru yang terlibat ialah Hj.Muslan bin Muslim (Guru Besar SKBW), Hj.Shuid bin Ismail (GPK KO SKBW), Hj.Zakaria bin Abd Rahman,Hj.Rashid bin Ngah, En.Shafie bin Salim dan Cik Nazmiah binti Mat Yasin.SKBW telah diberi mandat sebagai Jawatankuasa Statistik/Keputusan Rasmi dan Pendaftaran Peserta yang mana telah melibatkan 8 buah daerah di Terengganu iaitu Kontijen MSSD Besut, MSSD Setiu, MSSD Kuala Terengganu Utara, MSSD Kuala Terengganu Selatan,MSSD Marang,MSSD Hulu Terengganu,MSSD Kemaman dan MSSD Dungun.





Friday 4 March 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Tahniah dan syabas buat Panitia Pendidikan Islam SKBW kerana telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya pada 3 Mac 2011.Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi mengeliling kawasan kampung Bukit Wan dan berhenti seketika di Masjid Kampung Bukit Wan sebelum meneruskan perarakan menuju ke SK Bukit Wan. Laungan selawat oleh murid-murid SKBW menghidupkan suasana perarakan sempena memperingati hari keputraan baginda junjungan besar Nabi Muhammad (SAW).

Sambutan Maulidur Rasul ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di sekolah seperti pertandingan bercerita kisah-kisah junjungan besar Nabi Muhammad (SAW), ceramah yang di sampaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dengan dibantu oleh guru KAFA, kuiz sirah nabi, pertandingan membuat sepanduk dan pertandingan selawat antara unit-unit beruniform yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.




























Wednesday 2 March 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN E-BOOK DUN BATU RAKIT

21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

Majlis Penyampaian E-Book Dun Batu Rakit bertempat di Dewan SMK Batu Rakit, Mengabang Lekor.
Seramai 506 pelajar tahun 5 didalam Dun Batu Rakit telah menerima E-book daripada YB Haji Khazan Che Mat dalam Majlis Penyampaian E-book Dun Batu Rakit 2011. Pelajar tahun 5 dari SKBW seramai 53 orang telah menerima e-Book model E11.
Majlis yang diseliakan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda, para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Guru-guru pengiring, masyarakat setempat dan para ibubapa juga turut hadir memeriahkan majlis ini.

Dari kiri ke kanan: Encik Wan Sulaiman Wan Muda Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu,Tuan Haji Suhaimi Zakaria, YB Haji Khazan dan Tuan Haji Kamal Taib. 

 
Pelajar beratur panjang untuk menerima e-Book dari YB Hj. Khazan.

 Pelajar yang telah menerima e-Book


 Pelajar menjulang e-Book yang diterima dengan gembira.

Sunday 27 February 2011

PROGRAM BESCOMM 'TOUR' BERSAMA MASYARAKAT

Pada 19 Februari 2011 (Sabtu), Program BESCOMM 'TOUR' Bersama Rakyat telah di adakan di Bestari.Comm Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setiap sekolah daerah Batu Rakit diminta menghantar 5 orang pelajar Prasekolah dan 5 orang pelajar Tahun 6. Antara Program yang dijalankan ialah:

  • Mewarna (Prasekolah)
  • T-score (Murid Tahun 6)
  • Mencipta Slide (Sekolah Menengah)
  • Menaip cepat (51 tahun ke atas)




5 orang murid Prasekolah bersama guru Prasekolah (YM. TENGKU TINA BT ENGKU YUSOF

 Murid Tahun 6 sedang membuat persediaan sebelum menjawab soalan kuiz T-Score

Murid Tahun 6 sedang tekun menjawab soalan kuiz T-Score menggunakan E-Book.

Maklumat lanjut sila layari :


Thursday 24 February 2011

Pasukan Ping Pong SKBW

Pada 08-10 Februari 2011 (Selasa hingga Khamis), Pertandingan Ping Pong Lelaki (12 Tahun) telah diadakan di SMK. Teknik Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Seramai 38 orang yang terlibat dalam pertandingan itu. SK. Bukit Wan hanya menghantar 4 orang peserta lelaki  dan hanya 3 orang pelajar yang layak ke separuh akhir. Antara pelajar yang layak ke separuh akhir ialah:

Ahmad Miqdad bin Mohd Noor ( Johan )
Muhammad Haiqal Fahmi bin Sabri ( Naib Johan )
Mohamad Haifie Irwan bin Harun ( Tempat ke-3)

 Dari Kanan (Ahmad Miqdad bin Mohd Noor, Muhammad Haiqal Fahmi bin Sabri, Mohamad Haifie Irwan bin Harun dan Muhamad Aidil Firdaus bin Mohamed Nasir)



Latihan Pusat di adakan di Losong pada 14-16 Februari 2011 bersama peserta P12


 
3 orang yang layak ke peringkat MSSMT berlawan di SK Sains Hulu Terengganu
 pada 17-19 Februari 2011. Hanya 1 orang sahaja pelajar kita yang layak mewakili pasukan Terengganu ke MSSM di Selangor pada 16-19 Mac 2011 nanti iaitu Ahmad Miqdad bin Mohd Noor (Kanan).

Saturday 12 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Keajaiban yang berlaku pada hari kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ( selawat dan salam keatas baginda)

Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.

Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. dari depan mata siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.

Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di lahirkan tidak menangis seperti anak-anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anihnya.Sama lah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketika Allah memasukan roh ke dalam badannya. setelah hidup dan bernafas, tiba tiba beliau bersin.

Suasana di rumah Abdul Mutalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.Sehinga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.

Di luar rumah Abdullah itu pula, berhala berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah

peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.

Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.

Friday 11 February 2011

Kejohanan Mini Olahraga 2011

Kejohanan Mini Olahraga 2011 telah diadakan pada hari Khamis (10/02/2011). Semua kakitangan SKBW turut terlibat dalam menjayakan Kejohanan Mini Olahraga ini. Antara acara yang terlibat ialah:

  • Lompat Jauh (Tahap 2)
  • Lompat Tinggi (Tahap 2)
  • Lontar Peluru (Tahap 2)
  • Junjung Pundi Kacang (Pra Sekolah)
  • Tarik Bola dengan Gelung Rotan (Tahun 1)
  • Susun dan Pungut Bola (Tahun 2)
  • Lari Dalam Guni (Tahun 3)
  • Golek Tayar (Tahun 4 & 5)
  • Tarik Tali Antara Rumah dan Larian 50M (Tahun 6)
  • Acara Pegawai Sukan
Johan keseluruhan Kejohanan Mini Olahraga 2011 telah dimenangi oleh pasukan rumah biru.


 Pasukan Rumah Hijau Dalam Perbarisan Sebelum Acara Olahraga bermula.














Pasukan Rumah Merah. 
 Pasukan Rumah Biru
Pasukan Rumah Kuning.
 Bacaan Ikrar Dari Pelajar.
Acara Tarik Bola Dengan Gelung Rotan ( Tahun 1 )
 Acara Lari Dalam Guni ( Tahun 3 )
 Acara Golek Tayar ( Tahun 4 )
 Acara Golek Tayar ( Tahun 5 )
 Acara Rebut Gula-gula (Semua Murid)
Acara Tarik Tali Antara Rumah ( Rumah Biru )
 Acara Tarik Tali Antara Rumah ( Rumah Hijau )
 Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang.


 Jamuan Makan Dan Majlis Penyampaian Cenderamata Kepada Guru Dan Kakitangan Yang Bertukar.


 Tn. Haji Muslan bin Muslim (Guru Besar) Menyampaikan cenderamata kepada En. Ibrahim bin Mohd Nor (Penolong Kanan HEM).
 Tn. Haji Muslan bin Muslim (Guru Besar ) menyampaikan cenderamata kepada Cik Marziah binti Saat @ Yusof ( Pembantu Tadbir ).
Tn. Haji Muslan bin Muslim (Guru Besar ) Menyampaikan cenderamata kepada Pn. Norhayati binti Ali ( Guru ).
 Tn. Haji Muslan bin Muslim (Guru Besar ) menyampaikan cenderamata kepada Pn. Meryam @ Masnizam binti Lambak
( Guru Prasekolah ).














* Selamat Menjalankan Tugas dan Tanggungjawab kepada semua Guru dan Kakitangan yang bertukar.